untuk mendapatkan unsur unsur dramatik,beli balang dari IKEA,dan masukkan ke dalamnya cookies anada..nescaya,terliurrr tetamu di rumah anda. tengoklah bukti di bawah..tinggal 2 keping jer.hikss.
ok,oleh kerana ada yang mengugut nak terjun lombong if aku tak share resepi cookies itu...so..here it is...
*Sangat senang dan tak payah pakai telor...beginner macam aku pon berjaya membuatnyaaa...aku ikut buta-buta jer resepi tuh,jadik..sapa yang makan dok komplen kurang itu ini,mak rasa nak "pang!" ..aku ikut buta2x dan still learning lah mangkuk ayun bertingkat...bit manis,so,next time buat,aku nak omit gula castor,nak masukkan gula perang jer sudehhh...
gituh..
Bahan-bahan ( 50 biji +- )
1 cwn tepung gandum
3/4 sk baking soda
1/4 sk garam
1/3 + 1/4 cwn butter/marjerin(dicairkan)
1/2 cwn rata gula perang (sila rujuk nota di bawah cara-cara)
1/3 cwn gula halus
1/2 sk esen vanila
1 cwn choc chip
Cara-cara
Campurkan tepung, baking soda dan garam ke dlm mangkuk. (saya ayakkan terus).Panaskan oven pada suhu 150'C
Dlm mangkuk lain, pukul marjerin, gula perang, gula halus dan esen vanila sampai sebati (kelajuan sederhana). Masukkan campuran tepung+baking soda+garam tadi dan kacau sampai sebati. Lepas tu, masukkan choc chip dan kacau lagi sampai sebati.
Lepas tu,letakkan 1 sk adunan ke atas baking sheet. Pastikan jarak antara doh lebih kurang 1.5-2 inci.
Bakar dalam oven dlm 18-20 minit sampai warna golden brown.
Lepas bakar, biarkan cookies atas baking sheet tu dlm 3 minit. Then, transfer ke wire racks. simpan dalam bekas kedap udara.
NOTE: Cookies ni mungkin terlalu manis bagi sesetengah orang. Kalau nak kurangkan manis, guna hanya 1/4 atau 1/3 cwn gula perang (bergantung kepada citarasa masing2).

recipe 50 ploh bijik? aku tgk ada laa dapat 5 bijik jer.. hahaha..
ReplyDeleteagaknya sebab doh kena makan dek sorang tu kott.. tak senonoh btol...
Ed,
ReplyDeletetuh la..anak sapaaaa lah tuh suka makan doh.....tak senonoh betolll..nak aku piat piat jer..HAHAHA
weekend ni aku nak buat lagik..nak buat 2 balang!...ewahww!