Friday, October 30, 2009

Monalisa Suparjo Novela - bab 4

So, there you go.

Seperti yang sudah di jangka..hmmm ..oleh diri aku sendiri, aku diberhentikan dari bekerja di Butik Looly Datin Moon.Or rather,aku memecat diri aku sebenarnya.Panjang ceritanya, tapi nak di pendekkan cerita, aku dah move on.Hidup perlu di teruskan, kata Pe'ah , rakan serumah aku yang baru.Dia baru sampai ke Kuala Lumpur selepas di tukarkan ke jabatan baru,seorang kakitangan kerajaan.Orangnya simple, dan tidak banyak songeh.Baru pulang dari out-station di Kuching.Penuhhhh dengan terbuku ikan masin Sarawak peti sejuk kat dapur tuh.

Bosan sudah aku sudah seminggu tak bekerja.Siram pokok bunga kat beranda,joging kat tasik Perdana, kadang kalau angin aku datang, aku masak untuk Pe'ah...huh!!!Tak mencabar langsung rutin harian aku...
Well, aku masih lagi on and off buat kerja terjemahan script.Tapi,sekarang khabarnya, business pon teruk.Seminggu ni, 2 script jer aku dapat.Adehhhhh.Takat lepas minyak kancil aku untuk seminggu dua jer lah.Dugaan.
Hmm..dugaan lah tu kan?.Dah lah memecat diri sendiri,kerja part time pon nan-ado sangat.
Tapi bagi Kak Long aku, "Itu bukan dugaan!Itu mencari penyakit namanya",sergah dia 2 hari lepas."Kau ni, nama jer balajar tinggi, tapi tak laku-laku".Ok, komen dia tuh dah macam hmm..melampau.Tang "tak laku laku " tu, tang kerja atau tang jodoh ?.Dua dua lah kot.Sebab dia selalu membebel kat aku dua perkara itu,nak-nak lepas aku berpisah dengan Harris.Dan tak sudah-sudah Kak long offer aku tinggal saja di rumah dia,sebab dia anggap aku ni dalam kesusahan,serba serbi kurang.Oh tidakkkkkkkkkkkk.Mau pengsan aku hari-hari kena panahan petir.
Dengan pertolongan seorang kenalan,aku di kenalkan pada Kak Murni, seorang pemandu pelancong.Kata rakan aku, assistant dia berhenti secara tiba-tiba.Huh!Kenapa yer?
Jadi, dia perlukan pembantu dengan kadar SEGERA-URGENT , untuk 3 hari membawa pelancong dari Singapura ke Pulau Pinang.
Aku macam......Ahhh?Pulau Pinang?Eh!Kerja apa tuh?Reti ker aku buat kerja tu?EHhh,apa job scope aku?Ok!Ok!.. bukan masanya aku nak bersoal jawab dalam kepala dol!Sebab aku cuma ada less than 4 hours to pack my things and meet her at Legend Hotel lobi.Take it or leave it, kata Wendy.

Okkkkkkkkkk.........

bersambung..

No comments:

Post a Comment