Wednesday, November 18, 2009

telenovela-mona suparman

.......
Dalam diam tak diam,dah dekat 5 bulan aku kerja sambilan sebagi pembantu Kak Murni sebagai pemandu pelancong,dan tak di nafikan,aku seperti sudah suka dengan kerja ini.Aku enjoy.Walaupon,memang banyaklah kerenah orang yang aku kena hadapi.Contoh terbaik,pagi tadilah.Dah cakap dengan semua orang,waktu berkumpul adalah 7.45 pagi,sila sarapan awal bla bla bla...tapi adalah pulak mahluk jantan 2 ekor ni,dah pukol 8,batang hidung pon tak muncul."Monaaaa..pergi carik yang 2 orang tuh",arah kak Murni pada aku.Macam nak roboh aku ketuk pintu bilik dia mencari.
Kak Murni dah sedikit naik angin.Tapi,kami bersabarrrrr...bukan apa,dah janji dengan driver bus dan boat schedule kami kan..kalo beberapa orang buat pe'el,tak hangin ko?
Hmm..Keadaan business Kak Murni macam yo-yo...Kadang tempahan banyak sampai tak menang tangan,.Kadang tak ada langsung.Syarikat kecil.Di kala ekonomi merudum macam ni,sangatlah terkena tempiasnya.Adatlah orang berniaga,kata Uncle Chuan,rakan niaga Kak Murni.Dek kerana keadaan yang tidak menentu ini lah,ianya menjadi alasan terbaik mereka untuk tidak menggaji aku sepenuh masa.Hmm....buat masa ni,aku redha jerlah yer..
Bila ada trip, Kak Murni akan panggil aku.Aku tak punya "lesen guide" dari kementerian pelancongan,jadi aku tak di benarkan bergerak sendirian.Bila Kak Murni perlukan bantuan aku,terutamanya bila ada 2,3 bas bergerak sekali,dia akan panggil aku membantu.
Secara lumrahnya,dalam bidang kerja ini ,aku akan bertemu dengan ramai pemandu pelancong lain.Salah seorangnya adalah Abang Arman.Dah hampir 10 tahun dia bekerja dalam indusri ini.Dia ada cadangkan aku mengambil lesen untuk pengambilan bulan Desember nanti,ketika kami menikmati kopi minum pagi di Pekan Kuah.Group pelancong aku pada ketika itu,pergi "Island Hop Tour" dan di temani guide tempatan Langkawi.So,Sepagi itu,aku rilex sahajalah,ambil peluang.Kak Murni?Ahhhh,dia tu poket lebat,mesti dah tenggelam di lautan pinggan mangkuk di Idaman Suri atau di Kedai Haji Semail.Kadang-kadang aku tengok dia,lagi overrrrr dari pelancong gaya shoppingnya.kehkehkeh.

Hmm..aku rasa,cadangan Abang Amran tu agak bernas.
"Hmm..awak tahu kenapa pembantu Kak Murni sebelum ni lari?",tanya dia pada aku memula kan perbualan.
"Tak tahu." jawab aku 2 patah,sambil menyuap cebisan roti canai ke mulut.
"Ni nak bagi tahu lah ni...", balas Abang Amran seolah-olah mahu memanjangkan cerita.

Wahhhhhh..boleh tahan Kak Nam jugak jantan ni yer, getus Mona dalam hati.

.....

No comments:

Post a Comment