Friday, February 12, 2010

heyyyy...apa bikin sini?

ehh..

Turun dari bas ,kat hentian highway Lucky Garden Yong Peng,...

Macam biasalah...

" masa setengah jam saja yer,washroom is on your left, go straight,make sure you eat your breakfast,and comeback to the bus at 8.45 sharp..alrightttt.", aku memberi peringatan kepada pelancong aku.Bas full load.40 orang.

Aku ambil minuman dan menuju sebuah meja untuk duduk,.( kebanyakkan di tempat2x hentian highway,food and drinks for tour guide, tour leader and kapten(bus driver) ,adalah percuma.Kami duduk di tempat khas).

ehh...macam kenal jer... ternampak muka yang aku rasa macam familiar jer..

Aku pandang dia,dia pandang akuu..

"heyyyyyyyyyy Edwinnnnnnnnnnnnn",terus lajuu mulut aku panggil diaaa.
"hey Noraaaaaa-sannnnnnnn..heyyy,tak sangka boleh jumpa sini.Sihatkah kamu?",terus edwin bawak food dia join aku.
"Saya OK...You apa buat sini?",aku tanya dia.
"Biasalah..",ujar dia humble.Mata dia tenung jer aku,sambil senyum.
"Laupan..laupan pon turun padang ker?",usik aku.

Teringat aku kenangan masa kami sama-sama di Tourism School dulu.Kami masing-masing ambil part time class.Jadi,latar belakang kerja dan pendidikan pon pelbagai.Kelas aku 13 orang ,ada 5 taukey travel agent,atau tokey bus persiaran,atau keduanyaa.Termasuklah Edwin ni.Ada juga yang mmg operate tour secara haram,so baru lahhh nak amik lesen segala...
Teringat masa kami pergi kursus Mesra Malaysia di KL,kursus wajib bagi semua front-liners hotel line, travel line, airlines,tour operator etc...
Masa tu,sekolah kami sewa bas syarikat Edwin ni untuk pergi course di KL tu...
Sampai depan rumah bus dia hantar aku ,wlwpon aku berkeras nak amik taxi jer.Dia kata ,takut ketua darjah ni hilangg.(iyerrr,aku ni ketua darjah untuk kelas aku yer..ha ha,) har har har...yang mengakibatkan,masa driver dia reverse,belakang bus dia ada sikit langgar pole dekat Guard Post.Lawakkkkkkkk gilaaa bila ingat balik.Keh keh keh.Ngeri kami tengok Pak Guard yg macam ala-ala bangla membebel kat kami...
kekekekkekeke..Nasib baik tak kena hempokkk okkkkkkkk...dia siap nak mintak ganti rugi lagi,takut gaji dia kena potong.Aku bagi lah contact aku,kalau management condo tuh nak ambil tindakan.Tapi sampai ke sudah,senyap jer...selamatttttt..kkekekkekeke...kecut perut kamiiiii.masa tuh,kami berempat,aku, Edwin,Kim Siang,dan Raju....Very satu malaysia sesangat lah kannnnnnn.

"kenapa awak senyum-senyum?",tanya Edwin mematikan lamunan aku.Dia ni,berbangsa cina,tapi bahasa malaysia dia sangat fasih.
"Mesra Malaysia...hahahahhaaaaa,mesti awak ingat peristiwa tuh"..dann kami sama-sama gelakk.
"kamu bawa trip pi mana?",tanya aku.
"Mana lagi,Genting lorrrrrr,now cuti raya cina,i tak cukup pekerja,so i pon kena turun padang mahh",jawab dia sambil menghirup sirap sejuk.
"Eh!!Sama leyyyyy..Genting horrrr.I bawak group Indonesian doctors,semua pertama kali datang malaysia maaaa",jawab aku kegirangan.
"wahhhh,itu macam kaaa?Wahh,kamu pon sekarang business boleh tahan ah amoii",usik dia.
"Bolehhh lahhh,tapi,belom jadi taukey macam kamuuu", pintas aku.
"ehhh,boleh kita sambung sembang nanti kat sana..",saran Edwin,menyedari waktu hampir 8.45 pagi...karangggg,aku kemana,pelancong aku ke mana,driver aku ke manaaaaa.
"eh bolehhhhhh, i missed u all lah,semua dah lama tak jumpaaa", ujar aku sebelom berpisah.
"Ok Nora-san...bas saya jalan dulu",erat tangan kami berjabat.

"Ibuk Nora, barang-barang nya di sini bagus enggak?",tetiba seorang ahli rombongan aku bertanyaa.

"Ya bagussss embakkkk,tapi ASPAL ", jawab aku gelak-gelak.
"lohhh,apa itu ASPAL?",Ibuk Wardina menyampuk.

Asli tapi palsu....

(yerlahh...bayangkan, kat hentian highway pon ada jual LV.Tokey hentian highway ni,tak agak-agakkkkk.Kan?).

kekekekekkekekek!

"Ibuk Nora, apotek ada enggak sini,perut saya sebel", tanya lagi seorang doctor awal 40-an.Aku kalau rombongan dari Indonesia ni,berani lah suggest kan local farmasi punya ubat.Kalau pelancong jepon, tidakk lah.Harus bawa ke doctor jer terus,sbb mereka ni tidak akan ambil ubat sebarangan.Tak nak lah aku tanggung risiko...

Sampai Genting sudah lewat jam 7 malam, sbb bus kami singgah di Kuala Lumpur,melawat beberapa tempat menarik sekitar ibu kota.

"saya tunggu kamu di Starbuck ,beritahu saya kalau kamu sudah habis urusan", aku nampak sms dari Edwin,ketika aku tengah check-in kan ahli rombongan aku...Rombongan aku ni,jenis berwang katanyaaa,so duduk Tower 2 lahkan kat First World hotel nih...

No comments:

Post a Comment